bagi mengukuhkan lagi pemahaman adik-adik, marilah menonton video ini bersama-sama :)
31 March 2012
21 March 2012
Senangnya nak hafal formula matematik..
UPSR nak dekat dah?
Psstt, nak tahu macam mana nak hafal formula matematik dengan mudah dan berkesan?
Haa, sila lihat video dibawah. Video ni menggunakan lagu "Bapaku Pulang" dan liriknya ditukar menjadi formula..
Woah!! Menariknya.. Apalagi, jom kita hafal formula cara mudah..
15 March 2012
TAHUN 4 : PIKTOGRAF
ASSALAMUALAIKUM ADIK-ADIK.
SIHAT TAK HARI INI?
HARI INI KITA AKAN BELAJAR MENGENAI TAJUK PIKTOGRAF
ADIK-ADIK TAHU TAK APA ITU PIKTOGRAF?
TAHU TAK APA FUNGSI PIKTOGRAF?
JOM KITA TENGOK VIDEO INI YA :)
sekarang, mari adik-adik cuba selesaikan masalah Matematik dengan menggunakan piktograf
SEMOGA BERJAYA :)
13 March 2012
Mari Bermain Permainan Masa!!
Assalamualaikum adik-adik...
Menarik tak jam Spongebob ni? Adik-adik ada jam tangan sendiri tak? Boleh adik-adik beritahu sekarang sudah pukul berapa? Nampaknya ada yang jawab tapi ada yang tak.. Ada antara adik-adik masih tak boleh membaca jam? Tidak mengapa, cikgu ada penyelesaiannya..
Cikgu-cikgu nak share beberapa game menarik untuk menambahkan pemahaman adik-adik mengenai masa. Mungkin ramai diantara adik-adik ni masih keliru untuk membaca jam terutamanya untuk memberitahu sudah pukul berapa sekarang.

Sila klik gambar dibawah untuk bermain game..
Telling Time
ABCya! Learn to Tell Time
Selamat beramal~
TAHUN 1: WANG
Adik-adik pernah ke kedai tak?
Jika pernah, adik-adik ingat tak rupa bentuk wang yang adik-adik gunakan untuk bayar barang yang adik-adik beli?Untuk mengingat kembali bentuk wang-wang tersebut, mari kita lihat sama-sama di bawah ini.
Adik-adik sudah ingat wang-wang ini? Jika sudah, mudahlah adik-adik untuk ke kedai dan membantu emak membeli barang. Adik-adik tentu tidak mudah ditipu oleh penjual. ^_^
11 March 2012
TAHUN 5 : Apa itu peratus?
Peratus %
Peratus?? Apakah itu peratus? Pernahkah adik-adik terfikir akan kewujudan konsep peratusan dalam kehidupan harian kita?? Peratusan digunakan dalam setiap kehidupan seharian tanpa kita menyedarinya. Oleh itu, kami akan menghuraikan pengunaan konsep peratusan pada kali ini....
Peratus bermaksud menunjukkan nombor kepada pecahan dalam 100 dan selalu digunakan bersama simbol peratus (%).
Jadi, jika kita katakan 50%, kita maksudkan 50/100 = 1 / 2 (selepas membatalkan).
--->Jadi 50% ertinya ½.
Jika mahu mencari 10% sesuatu, '' hanya bermaksud 'kali'.
---> Jadi 10% dari 150 = 10 / 100 × 150 = 15.
Jika anda perlu untuk menjadikan peratusan ke dalam perpuluhan, hanya dibahagikan dengan 100.
--->Sebagai contoh, 25% = 25/100 = 0.25
Untuk menukar perpuluhan ke dalam peratusan, darab dengan 100.
--->Oleh itu, 0.3 = 0.3 × 100 = 30%

Peratusan digunakan dalam menunjukkan berapa besar atau kecil satu kuantiti dimana berkaitan dengan kuantiti yang lain.
Peratus adalah pecahan yang penyebut (bahagian bawah) adalah 100.
Jadi, jika kita katakan 50%, kita maksudkan 50/100 = 1 / 2 (selepas membatalkan).
--->Jadi 50% ertinya ½.
Jika mahu mencari 10% sesuatu, '' hanya bermaksud 'kali'.
---> Jadi 10% dari 150 = 10 / 100 × 150 = 15.
Jika anda perlu untuk menjadikan peratusan ke dalam perpuluhan, hanya dibahagikan dengan 100.
--->Sebagai contoh, 25% = 25/100 = 0.25
Untuk menukar perpuluhan ke dalam peratusan, darab dengan 100.
--->Oleh itu, 0.3 = 0.3 × 100 = 30%
7 March 2012
Mari Buat Latihan Penambahan dan Penolakan Wang
Ini ialah Patrick dan Spongebob. Mereka merupakan kawan baik. Mereka mempunyai misi untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh Mr Krab. Mari kita bantu mereka.
Mr Krab merupakan pemilik Restoran Krustry Krab dan dia mempunyai banyak wang.
Suatu hari, Mr Krab bercadang untuk menambah menu baru di dalam Krustry Krab. Beliau mengarahkan Spongebob dan Patrick untuk membeli lilipop dan coklat sebanyak 1 peket setiap satunya.
Mr Krab memberi mereka sebanyak :
Berapa ringgit adik-adik?
RM10 + RM5 = ?
10
+ 5
15
Mr Krab memberi mereka sebanyak RM15
Mereka pun memulakan perjalanan ke kedai. Apabila mereka sampai di sana, mereka melihat terdapat pelbagai jenis manisan yang dijual. Setelah mereka penat memusing saluruh kedai itu, meraka memilih lolipop dan coklat kegemaran mereka.
RM 3.50
RM 6.70

Lolipop + Coklat = RM6.70 +RM3.50
= ?
RM6.70
+RM3.50
RM10.20
Mr Krab beri RM15. Jadi,bakinya:
RM15 - RM10.20 = ?
RM15.00
+RM10.20
RM 4.80
Bersamaan, 4 keping RM1, 1 keping 50sen, 1 keping 20sen dan 1 keping 10sen
Yay!! Misi berjaya... Terima kasih adik-adik~
Subscribe to:
Posts (Atom)