Showing posts with label TAHUN 4. Show all posts
Showing posts with label TAHUN 4. Show all posts

1 April 2012

TAHUN 4 : WANG

Posted by painikima at 14:47 0 comments
MARI MENGENAL WANG

Assalamualaikum adik-adik.. Adik-adik dah makan? Makan apa? Apa yang adik-adik perlukan untuk membayar makanan? Hurm... Takkan adik-adik nak makan tapi x bayar? Apa ye?? 
Tengok Squidward ni.. Die pun tengah fikir apa benda yang digunakan untuk membayar burger yang dibelinya tadi..
.
.
.
.
.
.
.

Ya!! Betul tu Squidward, kita perlukan wang atau duit untuk membayar barang-barang yang kita beli. Penting juga duit ni dalam hidup kita. Tanpa duit, kita akan menjadi miskin dan hidup menjadi susah. Tapi AWAS!! Jangan kita menjadi hamba duit dan sanggup melakukan perkara-perkara yang berdosa seperti mencuri dan merompak semata-mata inginkan wang yang banyak..


MATA WANG MALAYSIA

Kita mempunyai dua jenis duit iaitu duit kertas dan duit syiling. Beza antara kedua-dua duit ini ialah dari segi nilai dan pembuatannya.

Nilai- duit kertas adalah lebih besar nilainya berbanding diut syiling

Buatan- duit kertas diperbuat daripada sejenis pokok manakala duit syiling diperbuat daripada logam.

Mari kita lihat duit kertas Malaysia









Ini pula duit syiling Malaysia


*barisan atas syiling lama, barisan bawah syiling baru


Haa, adik-adik dah kenal pun duit itu macam mana rupanya.. Nanti bolehlah adik tolong mak ke kedai beli barang-barang dapur seperti serbuk kari dan tepung. Jangan lupa untuk membuat latihan mengenai penambahan dan penolakan wang pada entri yang berikutnya.

Salam sayang dan selamat beramal~



15 March 2012

TAHUN 4 : PIKTOGRAF

Posted by painikima at 10:44 0 comments
ASSALAMUALAIKUM ADIK-ADIK. 
SIHAT TAK HARI INI?
HARI INI KITA AKAN BELAJAR MENGENAI TAJUK PIKTOGRAF


ADIK-ADIK TAHU TAK APA ITU PIKTOGRAF?
TAHU TAK APA FUNGSI PIKTOGRAF?

JOM KITA TENGOK VIDEO INI YA :)



sekarang, mari adik-adik cuba selesaikan masalah Matematik dengan menggunakan piktograf



SEMOGA BERJAYA :)

7 March 2012

Mari Buat Latihan Penambahan dan Penolakan Wang

Posted by painikima at 15:52 0 comments
Ini ialah Patrick dan Spongebob. Mereka merupakan kawan baik. Mereka mempunyai misi untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh Mr Krab. Mari kita bantu mereka.

Mr Krab merupakan pemilik Restoran Krustry Krab dan dia mempunyai banyak wang.

Suatu hari, Mr Krab bercadang untuk menambah menu baru di dalam Krustry Krab. Beliau mengarahkan Spongebob dan Patrick untuk membeli lilipop dan coklat sebanyak 1 peket setiap satunya.

Mr Krab memberi mereka sebanyak :


Berapa ringgit adik-adik?
RM10 + RM5 = ?
                              10
                          +   5
                              15

Mr Krab memberi mereka sebanyak RM15



Mereka pun memulakan perjalanan ke kedai. Apabila mereka sampai di sana, mereka melihat terdapat pelbagai jenis manisan yang dijual. Setelah mereka penat memusing saluruh kedai itu, meraka memilih lolipop dan coklat kegemaran mereka.  
 RM 3.50  

                           RM 6.70





 
Lolipop + Coklat = RM6.70 +RM3.50
                             = ?
                               
                                RM6.70
                              +RM3.50
                               RM10.20

Mr Krab beri RM15. Jadi,bakinya:

RM15 - RM10.20 = ?

                             
                             RM15.00
                           +RM10.20
                             RM  4.80

Bersamaan, 4 keping RM1, 1 keping 50sen, 1 keping 20sen dan 1 keping 10sen


Yay!! Misi berjaya... Terima kasih adik-adik~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Learning Mathematics is Sweet as Cupcakes! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez